Bermulanya Pemerintahan Uthmaniyyah

Thursday, 4 September 2014
Pada peringkat awal, penubuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah telah diasaskan oleh Osman I (Osman Ghazi Khan). Beliau membentuk sistem pemerintahan tersendiri yang menjadi pewaris kepada kekhalifahan yang memerintah Turki. Beliau mengisytiharkan diri sebagai sultan yang berkuasa ke atas pemerintahan dinasti tersebut. Golongan Byzantine mengambil pendirian untuk meninggalkan kependudukan mereka menuju ke perkampungan countryside dalam negara seperti Anatolia.Byzantine cuba sedaya upaya menghalang Osman meluaskan kekuasaannya ke Barat tetapi, Osman berjaya menguasai beberapa wilayah barat seperti Eupheses (Berhampiran Laut Aegen). Pasukan beliau juga turut bergerak untuk menguasai sebelah timur Anatolia, di mana mereka telah berjaya menguasai Laut Hitam, kawasan startegik bagi Byzantine. Misi terakhir Osman sebelum kematiannya telah menentang tentera Byzantine di Bursa (1324). Kemenangan Islam membuktikan Islam boleh menewaskan pasukan bukan Islam di kawasan kubu kuat mereka.




Semasa era ini, perkembangan kerajaan Uthmaniyyah boleh dibahagikan kepada dua kategori Kejayaan penaklukan Kota Constantinople (1453) sehinggalah Sultan Sulaiman Al-Qanuni meninggal pada 1566 dan Kelemahan struktur pentadbiran pasca 1566 sehinggalah kegagalan menguasai Vienna pada tahun 1683.Kota Constantinople menjadi jambatan penghubung di antara Islam dan Barat, Asia dan Eropah. Sebelum ianya ditakluk, pihak Uthmaniyyah telah menguasai beberapa wilayah penting di rantau Balkan. Antaranya ialah kejayaan dalam peperangan Kosove (1389). Kejayaan tersebut menandakan berakhirnya kuasa Serbia yang merupakan salah satu dari kuasa Eropah yang ada. ia merupakan kemenangan yang strategik bagi membuka jalan ke atas pembukaan Kota Constantinople.



Pada Peperangan Nicopolis (1396), yang dianggap sebagai peperangan berskala besar, pihak tentera salib menentang Uthmaniyyah, tidak dapat menyekat kemaraan Uthmaniyyah menguasai wilayah-wilayah yang berada di bawah Byzantine. Pihak Byzantine agak lega kerana Kerajaan Uthmaniyyah di sebelah Anatolia mengalami pergolakan di Timur. Uthmaniyyah jatuh buat sementara, antaranya Macedonia dan Kosovo. Pergolakan itu menyebabkan perancangan penguasaan ke atas Constantinople mengalami gangguan.
Zaman kegemilangan Utmaniyyah berterusan di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566), beliau merupakan ,Pemerintah paling lama dalam sejarah kesultanan Uthmaniyyah. Beliau banyak melakukan perubahan terutama dari aspek perundangan sehingga beliau mendapat gelaran al-Qanuni,pembuat undang-undang dan beliau turut berjaya memimpin pasukan Uthmaniyyah menguasai wilayah Byzantine seperti Hungary, Balgrade dan Rhodes. Beliau berjaya memperkasa armada laut dengan menguasai Laut Mediterranian, Laut Merah dan teluk Parsi.

Perkembangan pada zaman kedua iaitu zaman kemunduran bermula apabila pihak Uthmaniyyah tidak berjaya menawan Vienna (1683) di Zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni yang menyebabkan mereka terpaksa berundur dari sebahagian wilayah di Eropah tersebut. Kekalahan itu juga membuka jalan kepada Kristian untuk merancang tindakan baru bagi berdepan dengan Uthmaniyyah. Antaranya Paus yang memimpin kelompok Kristian Katolik di Rome dalam usaha membentuk pasukan tentera salib baru bagi tujuan menentang tentera Uthmaniyyah. Beliau mencetuskan kebangkitan semangat anti Islam agar golongan salib bangun menentang penguasaan islam dan Kerajaan Uthmaniyyah tersebut.

ZAMAN MENDATAR DAN KEBANGKITAN NASIONALISME

Antara faktor yang menjadikan pengembangan yang dilakukan oleh Uthmaniyyah tidak aktif ialah Kekalahan menguasai Vienna (1683), Penglibatan mereka di dalam peperangan yang menelan belanja besar. Pada awal abad ke 18, pihak Uthmaniyyah membuat satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Passarowitz , di mana ia telah mewujudkan suasana yang aman pada tahun 1718-1730 (selama 12 tahun). Melalui perjanjian ini, mereka berupaya mendirikan benteng pertahanan di sekitar negara Balkan bagi menyekat serangan pihak Eropah ke atas wilayah Uthmaniyyah. Mereka mula menukar pendekatan pemerintahan dengan mengemukakan polisi mesra rakyat dengan mengambil kira pandangan masyarakat umum, mengurangkan cukai, meningkatkan taraf infrastruktur awam,. Pihak Uthmaniyyah juga melakukan pembaharuan terhadap sistem pendidikan dengan memperkenalkan institusi kemahiran.

Mereka turut terpaksa berhadapan dengan kebangkitan di negara-negara Balkan seperi Revolusi Serb (1804-1815 Revolusi ini menjadi pengasas kepada kebangkitan menentang Uthmaniyyah). Pada tahun 1821, mereka terpaksa pula berdepan dengan pengisytiharan perang terhadap Sultan oleh Greek. Kebangkitan nasionalisme berteraskan bangsa telah menyebabkan Kerajaan Uthmaniyyah tidak mampu untuk mengendurkan ketegangan satu demi satu wilayahnya menuntut untuk bebas dan keluar dari pemerintahan Uthmaniyyah.

ERA KEJATUHAN DAN PROSES MODENISASI

Uthmaniyyah banyak terlibat dalam kerjasama membentuk pasukan pertahanan dengan kuasa-kuasa lain dari sebelah Eropah seperti kerjasama dengan Perancis, Belanda, Britain dan Rusia. Proses penyusunan semula dan pembaharuan (tanzimat) sekitar tahun 1839-1876, bermula dengan satu polisi rasmi yang dikenali sebagai The Imperial Rescript of The Rose Chamber of 1839. Ia merupakan permulaan kepada reformasi di bawah proses tanzimat ketika pemerintahan Sultan Abdulmecid I dari tahun 1839-1861. Ia juga penanda penting perubahan sistem pentadbiran kepada sistem yang lebih sekular.Polisi ini menghapuskan cukai pertanian. ia menjadikan para askar mengawal sesuatu wilayah berdasarkan jumlah penduduk. Mereka turut memasukkan jaminan hak-hak asasi seperti jaminan samarata (equality) kepada semua penduduk Uthmaniyyah tanpa mengambil kira soal bangsa dan kepercayaan agama. Parlimen dilihat sebagai tempat untuk menyuarakan pandangan dan hasrat rakyat, bukan tempat untuk parti politik atau pertubuhan untuk berbahas. Sistem demokrasi moden, apa yang dibuat oleh Uthmaniyyah ini mirip kepada Monarki Berpelembagaan, bukan sistem perwakilan rakyat. Idea-idea kumpulan ini tidak disenangi sesetengah pihak sehingga kewujudan Young Ottomans terpaksa diharamkan. Sultan Abdul Hamid II yang pada awalnya menerima idea Perlembagaan Pertama, menolak kembali idea-idea tersebut. Selepas dari itu, kumpulan intelektual ini terus mencari idea untuk membantu Kerajaan Uthmaniyyah, di mana terbentuknya kumpulan yang dikenali sebagai Young Turks. Mereka memikirkan polisi-polisi untuk negara sehinggalah kerajaan Uthamniyyah menyertai Perang Dunia I.



AWAL ABAD KE 20 : ZAMAN TENAT DAN PEMBUBARAN PEMERINTAHAN

Kebangkitan Arab yang berlaku pada tahun 1916, menyaksikan kerajaan Uthmaniyyah kehilangan kawalan ke atas wilayahnya di negara Arab terutama di Jazirah Arab (Saudi) . Ketika perjanjian pembahagian wilayah kepada kuasa-kuasa besar dilakukan pada 30 Oktober 1918, sebahagian wilayah di Semenanjung Arab yang masih berada di bawah Uthmaniyyah hanyalah Yaman, Yasir, Madinah, sebahagian kecil Syria dan sebahagian kecil Iraq.

Suatu paksaan ke atas Kerajaan Uthmaniyyah untuk mengiktiraf satu perjanjian sulit yang dilakukan oleh United Kingdom, Perancis dan Rusia pada tahun 1916, iaitu Perjanjian Sykes-picot. Ia adalah perjanjian sulit untuk membahagikan wilayah di bawah Uthmaniyyah kepada kuasa-kuasa tersebut, termasuklah Palestin. Ia dibuat ketika Sir Mc Mohan, wakil British di Mesir menghubungi Sharif Hussain di Mekah untuk menjayakan Arab Revolt, dengan menjanjikan wilayah pentadbiran Jazirah Arab untuk beliau. Namun, sebaliknya berlaku kerana British terlibat dalam perjanjian rahsia tersebut. Hasilnya, selepas Arab Revolt, Sharif Hussain pula yang terpaksa keluar dari negaranya ke Jordan.



Sumber Rujukan : Link 

0 comments:

Post a Comment