Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan dengan
kedatangan
Islam ke Alam Melayu. Berdasarkan
tulisan-tulisan para sarjana,
antara faktor utama ialah peranan para
pedagang dalam penyebaran
Islam di laluan-laluan dan kawasan-kawasan
perdagangan,
penyebaran dilakukan oleh pendakwah agama
khususnya ahli sufi,
faktor persaingan kuasa Islam tempatan dengan
mereka yang belum
Islam sehingga menimbulkan kesedaran politik
dalam penyebaran
Islam, faktor yang dimainkan oleh istana
raja-raja Melayu dalam
pelbagai aspek, faktor kelebihan Islam itu
sendiri sebagai satu agama
dan faktor penentangan terhadap kuasa-kuasa
Eropah Kristian,
seperti Portugis dan Sepanyol yang membawa
kepada perkembangan
Islam di Alam Melayu ini dengan pesatnya.
Menurut Dr Siddiq Fadil 3 perkembangan dan kemantapan
Islam di rantau ini tidak dihasilkan hanya
dengan usaha sambil lewa
para pedagang dan tidak juga semata-mata
kerana sikap pak turut
orang-orang Melayu, tetapi berkat usaha gigih
dan bijaksana para
da'ie yang komited dari kalangan para
pedagang, mubaligh, ulama,
kaum sufi raja dan bala tentera.
Tidak
dapat dinafikan bahawa kedatangan Islam telah
membawa banyak perubahan dan kesan kepada
corak pemikiran dan
sosio-budaya masyarakat Melayu. Agama Islam
telah membawa
ajaran dan tamadun yang lebih tinggi dan
lengkap, lebih rasional dan
logik serta lebih mudah diterima oleh
masyarakat Melayu.
Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah,
masyarakat di
Alam Melayu dengan sendiri menolak kepercayaan
tahyul Hindu dan
fahaman Animisme.
Akhirnya Tamadun Islam sedikit demi sedikit
telah berjaya melunturkan kegemilangan tamadun
Hindu sebelumnya di Alam Melayu.
Artikel
ini antara lain akan membincangkan beberapa aspek
pembaharuan dan perubahan yang dibawa oleh
Islam, seperti dari
segi sosial, budaya dan pemikiran masyarakat
Melayu. Walaupun
tamadun dan pengaruh Hindu tidak dapat
dilunturkan sepenuhnya
berikutan dari pertapakan dan perkembangan
Islam, namun secara
umumnya boleh dikatakan bahawa sebahagian
besar Tamadun Islam
berjaya mengatasi tamadun Hindu, malah dapat
mengubah cara
hidup mereka bersesuaian dengan ajaran Islam
yang maha suci.
Perkara utama yang perlu ditegaskan tentang impak daripada
kedatangan Islam ke Alam Melayu ini ialah
tentang peranannya
dalam konteks pensejarahan dan ketamadunan
masyarakat di Alam
Melayu. Ia menampilkan suatu hakikat bahawa
Islam telah berjaya
0 comments:
Post a Comment