Kehidupan Manusia Sebelum Tamadun

Monday, 8 September 2014



peristiwa :

300 M - Pecahnya Empangan Maarib

570 M - Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

610 M - Turun wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bermulalah zaman Islam


Sebelum kelahiran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW, masyarakat Arab dikenali sebagai zaman jahiliyah. Perkataan jahiliyah berasal dari bahasa Arab dari perkataan jahala yang bererti bodoh, maka ia boleh disimpulkan bahawa masyarakat jahiliyah adalah masyarakat yang bodoh.

Jika masyarakat jahiliyah kita dikenali sebagai masyarakat bodoh dalam pengertian primitif yang tak mengenal pengetahuan atau budaya; ia membawa masalah yang harus dipertanggungjawabkan, kerana berdasarkan data sejarah, masyarakat Arab waktu itu juga telah memiliki nilai-nilai peradaban yang sederhana.

M. Quraish Shihab dalam Mukjizat Al Qur’an Ditinjau dari Aspek Kebahasaan, Isyarat Ilmiah, dan Pemberitaaan Ghaib (Mizan, 1999) menyebut beberapa pengetahuan yang dimiliki masyarakat Arab, diantaranya dalam bidang astronomi, tetapi terbatas pada penggunaan bintang untuk petunjuk jalan, atau mengetahui jenis musim. Kedua, bidang meteorologi iaitu mereka gunakan bidang ini untuk mengetahui cuaca seperti hujan serta sedikit tentang sejarah umat sekitarnya.

 Selain itu, bidang perubatan berdasarkan pengalaman dan bidang dukun dan lain-lain. Akhir sekali, bahasa dan sastera sering diadakan musabaqah [perlumbaan] dalam penyusunan syair  dan nasihat. Syair-syair yang membawa perkataan indah, digantung di Ka’bah, sebagai penghormatan kepada penggubahnya sekaligus untuk dapat dinikmati oleh yang melihat atau membacanya. Penyair mendapat kedudukan yang istimewa. Mereka dinilai sebagai pembela kaumnya. Dengan syair mereka mengangkat reputasi satu kaum atau seseorang dan juga sebaliknya, ia juga dapat menjatuhkannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda: “Kami umat yang ummiy, kami tidak pandai menulis, tidak juga pandai berhitung. Bulan, begini, begini, dan begini.” (Beliau menggunakan jari-jari kedua tangannya untuk mengisyaratkan angka dua puluh sembilan atau tiga puluh hari). [HR. Muslim dan An Nasa’ai]

Kemampuan dari segi pembacaan dan penulisan sangat minima serta masyarakat arab waktu itu juga tidak mahir mengira. Jumlah yang boleh di baca dan tulis sangat terbatas. Oleh kerana itu mereka memerlukan kecerdasan dan kemampuan seseorang ilmiah.

Oleh kerana tahap kemampuan masyarakat arab dalam pembacaan, penulisan dan pengiraan sangat minima, mereka dipanggil jahiliyah. Tentu tidak, karena Nabi Muhammad SAW sendiri termasuk yang tidak boleh membaca dan menulis.

Sumber Rujukan : link 

0 comments:

Post a Comment