Boikot barangan/syarikat yang memberi sokongan kewangan
kepada Israel semakin rancak pada tahun 2000 apabila pecahnya Intifadah
Al-Aqsa, apabila 2000 tentera regim Zionis di bawah pimpinan Ariel Sharon
mencerobohi dan mencemarkan masjid al-Aqsa. Prof Dr Yusuf al-Qardhawi
mengeluarkan fatwa 'Setiap dinar yang dibelanjakan untuk membeli produk yang
menyokong Israel bererti satu peluru yang akan menembusi dada anak-anak kita di
Palestin'. Pandangan ini disokong oleh Ulama Azhar dan juga ulama-ulama
Indo-Pakistan. Semenjak itu gerakan Islam dan NGO-NGO yang memperjuangkan isu
pembebasan Palestin mempopularkan kempen boikot barangan yang menyokong ekonomi
Israel.
Sebenarnya boikot dengan Zionis/Israel ini sudah di
isytiharkan sejak awal lagi sebelum berdirinya negara Israel - iaitu ketika
lobi Zionis berusaha gigih utk mendirikan negara Israel di Parlimen British dan
kemudian melalui PBB. Al-Haj Amin Husaini, mufti Palestin telah memanggil satu
ijtimak ulama dari seluruh Timur Tengah, Afrika Utara dan subkontinen India
untuk menghalang proses transaksi penjualan tanah kepada pendatang zionis di
Palestin. Ijtimak ini kemudiannya memutuskan satu fatwa yang amat tegas iaitu
memulau orang-orang Islam yang menjual tanah mereka kpd pendatang Yahudi. Ini
termasuklah mereka yang menjadi broker, memudahkan urusan jual beli, mendapat
sebarang keuntungan darinya termasuk komisen atau redha sekalipun. Mereka ini
bukan sahaja dipulau bahkan butiran fatwa menggariskan mereka:
1. Putus hubungan silatur rahim sesama keluarga termasuk
ibu bapa, anak-anak dan adek beradek. Sekiranya mereka berkahwin maka fasakhlah
hubungan di antara suami dan isteri.
2. Jika mereka meninggal jenazah mereka tidak boleh disempurnakan
sebagai mana yang selayaknya ke atas jenazah orang Islam dan tidak boleh
dikebumikan di tanah perkuburan Islam.
(Fatwa ini diwartakan pada 26 Januari 1935M).
1592 Sesiapa yang menganggap usaha boikot adalah sia-sia
maka ia sebenarnya telah difatwakan dalam bentuk yang amat tegas iaitu sesiapa
yang berurus niaga dengan Yahudi yang memusuhi islam (di Palestin berniat untuk
menguasai bumi Palestin) maka mereka bukan sahaja dipulau bahkan boleh
diisytiharkan keluar dari Islam! Fatwa ini masih sah dan tidak pernah ditarik
balik sejak 77 tahun yang lalu.
Mari kita lihat pula pendekatan Zionis dalam memerangi
rakyat Palestin. David Ben Gurion - PM negara haram Israel yang pertama berkata
"Saya pertahankan gesaan supaya suri rumah (yahudi) tidak membeli dari
kedai-kedai Arab, untuk pertahan sikap kami (Yahudi) berkawal di kebun-kebun
untuk menghalang pekerja Arab dari mendapat pekerjaan, untuk mencurah kerosene
ke atas tomato yang ditanam oleh orang Arab, untuk menyerang suri-suri rumah
Yahudi yang di pasar-pasar dan memecahkan telur-telur yang mereka beli dari
kedai-kedai Arab."
Nah! Ketika kita merasakan boikot adalah kerja bodoh
(walaupun ianya diseru oleh para ulama yang jelas bahkan dengan implikasi yang
lebih tegas) 'kerja bodoh' inilah yang digunakan oleh musuh-musuh (Zionis)
dengan sungguh-sungguh. 'Kerja bodoh' (boikot) inilah sebenarnya yang
menyebabkan tumbangnya regim Afrika Selatan yang mengamalkan dasar aprtheid
(perkauman melampau). 'Kerja bodoh' inilah yang telah menyebabkan beberapa
syarikat spt Caterpillar dan Alstom mengalami kerugian. 'Kerja bodoh' ini
jugalah yang menyebabkan antara lain McD mencatat kerugian sebanyak 2.4% dari
hasil jualannya di seluruh dunia.
Jenis-jenis barang yang di boikot
klik sini
Sumber Rujukan : Link
0 comments:
Post a Comment