AL-KHAWARIZMI
LATAR BELAKANG TOKOH
Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.
Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin
Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi,
al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara
ejaan lagi. Beliau telah dilahirkan di Bukhara.
Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa
al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.
Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapi di
dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah
Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau
telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri
dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan
Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Baitul-Hikmah di Baghdad.
Ketokohan
al-Khawarizmi
Setiap tokoh
mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan
al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan
astronomi. Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara
terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.
Dalam
bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan
hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika
zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau
hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’. Sistem nombor adalah salah satu
sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam. Banyak kaedah yang
diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin
dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga
segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan
dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori
nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang
telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.
Bidang
astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun
Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq (pengetahuan
tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan,
dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang).Seawal kurun ketiga
lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu
daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke
atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.Penggunaan matematik dalam astronomi
sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh
kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan
geometri sahaja.
0 comments:
Post a Comment