KEWUJUDAN KERAJAAN KECIL ANDALUSIA MEMBAWA
KERUNTUHAN
Halaman Masjid Ummaiyyah di Damsyikmenjadikannya salah satu simbol kekuatan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Empayar kekuasaan Kerajaan Bani Ummaiyyah
Kerajaan-kerajaan kecil yang muncul di
andalusia terbentuk apabila kepimpinan
utama mula lemah. Lebih tepat, ia rentetan daripada kelemahan pemimpin dikalangan
bani umaiyyah yang menguasai andalusia selepas daripada khalifah al-mustansar
billah (961 – 976m). Bermula dari itu, Andalusia yang diperintah oleh satu
kerajaan, berpecah menjadi banyak daerah
yang membentuk lebih daripada 20 kerajaan-kerajaan kecil.
Pembentukan kerajaan-kerajaan kecil ini yang
turut dikenali sebagai Muluk al-tawa’if wujud disebabkan oleh antaranya
semangat puak, iaitu untuk mengangkat kaum sendiri. Mereka seolah-olah secara
tidak langsung berpegang kepada semangat ukhuwwah islamiyyah dan seakan
menjurus kepada perkauman sesama sendiri.
Fenomena ini berlaku setelah pucuk pimpinan di
Cordova menghadapi masalah dalaman iaitu bergaduh dan bercakaran, malah ada
yang saling menindas untuk merebut kuasa khalifah. Secara tidak lansung,
kerajaan-kerajaan kecil ini wujud pada dekad akhir pemerintahan bani umayyah di
andalusia, iaitu kira-kira sekitar tahun 403 h /1012 m.
Namun bibit-bibit perpecahan awal telah pun
wujud atau dapat dilihat 20 tahun lebih awal iaitu semasa Khalifah Hisham II
memegang tampuk pemerintahan. Perpecahan adalah jelas ketara setelah Al-Mansur
Ibn Abi Amir meninggal dunia pada tahun 392H/ 1002 M.
Sumber Rujukan : link
0 comments:
Post a Comment